dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bimbingan Pendaftaran Kemasukan Ke Tahun 1 Sesi 2025

24 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2024 bersamaan hari ahad telah berlangsungnya satu program iaitu Bimbingan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi 2025 di SK Seri Sinaran Chokoh bersama NADI Tanjung Piai. Program yang lebih mesra dikenali sebagai Hari Terbuka ini berlangsung di surau sekolah bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Seramai 4 pasangan telah hadir bagi dibantu melancarkan proses bimbingan pendaftaran sekolah anak-anak mereka melalui bimbingan para petugas NADI. Mereka telah membawa dokumen peribadi yang telah diminta iaitu sijil pernikahan, telefon pintar, surat beranak, kad pengenalan dan bil utiliti. Program ini direncanakan oleh Cikgu Hafizah selaku GPK HEM bersama petugas NADI setelah berkolaborasi program yang sama pada tahun lepas.

Program yang berakhir pada jam 1.00 petang ini diserikan dengan penyampaian hadiah saguhati oleh Guru Besar SK Seri Sinaran Chokoh iaitu Puan Seri Rahayu @ Norasyikin binti Suparman bersama Sijil Penghargaan. Pihak NADI Tanjung Piai ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang baik dan berharap program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa mendatang. Akhiran sesi, petugas NADI mengambil gambar kenang-kenangan bersama pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.